cikguazis

KELAS KECEMERLANGAN ‘MENGAPAI IMPIAN’

Posted by cikguazis in July 18, 2011

Program yang dijalankan setiap hujung minggu ini akan melibatkan pelajar kelas-kelas peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Pelajar yang terpilih akan mendaftarkan diri pada petang hari Jumaat dan akan bermalam di asrama. Para pelajar akan dibimbing dengan lebih dekat oleh guru-guru yang terpilih. Program yang akan berlangsung sehingga petang Sabtu ini akan dimulakan. Ia akan dilaksanakan setiap hujung minggu sehingga tarikh terhampir peperiksaan tersebut. Diharapkan usaha murni yang dijalankan oleh pihak sekolah ini terus mendapat sokongan daripada semua pihak.

Sesungguhnya, sangat mudah untuk mencari-cari kesalahan dan kelemahan orang lain. Tetapi apakah sumbangan kita agar orang yang lemah itu turut berjaya seperti yang dicita-cita oleh masyarakat. Berat bahu memandang, berat lagi kami di SMK DMM memikulnya.

TAHNIAH ! DAPAT MASUK U

Posted by cikguazis in July 16, 2011

Sehingga jam 7.00 malam ini, pelajar SMK Dato’  (STPM 2010) yang berjaya ke universiti…………

MOHD NAZREEN (UUM), Nur Dzubaidah (UUM)

MOHD NAJIB (UPSI- Pengajian Malaysia), Muhammad Akmal (UiTM-Shah Alam -Pengurusan Hartanah)

SHAHRUL NIZAM (UiTM), Sheikh Mohd Izwan (UiTM- Kampus Bandar Melaka)

NADZIRAH (UPSI- Bahasa Melayu), Nor Amira Shahida (UUM)

NURUL FARHANAH (UiTM), Zaihan (UUM)

Tahniah………..TAHNIAH…………….Tahniah

SEMINAR SPRM DI SMKDMM

Posted by cikguazis in July 14, 2011

Majlis ini akan dijalankan pada hari Rabu, 20 Julai 2011 bertempat di Dewan Sheikh Ahmad, SMKDMM. Pihak SPRM Pahang akan diketuai oleh Encik Rosmadi.

SEMINAR GPMS DI SMK DATO’ MAHMUD MAT

Posted by cikguazis in July 14, 2011

Seminar oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung akan diadakan di Dewan Sheikh Ahmad SMK Dato’ Mahmud Mat pada hari Sabtu, 16 Julai bermula jam 9.00 pagi. Seminar ini akan melibatkan semua pelajar SPM dan STPM , SMKDMM .

SEMINAR MOTIVASI PRA-U DAERAH PEKAN

Posted by cikguazis in July 14, 2011

14 Julai 2011 (Khamis). Seminar ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Pahang bertempat di Dewan Majlis Daerah Pekan, Pekan Pahang pagi tadi. Seramai lebih 200 orang pelajar telah hadir bersama guru-guru pengiring daripada sekolah-sekolah tingkatan 6 di Daerah Pekan. Iaitu SMK Dato’ Mahmud Mat, SMK Ahmad, SMK Chini dan SMK Tengku Abdullah. Penceramah motivasi yang diundang ialah Pak Engku.

HARI INI , 10 SYAABAN. RAMADAN SELAMAT DATANG

Posted by cikguazis in July 10, 2011

BEZA ANTARA NASI, BERAS DAN PADI

Posted by cikguazis in July 10, 2011

Bagi kita yang berumur 40-an ke atas, mungkin mudah membezakan antara nasi, beras dan padi. Kita mungkin pernah melihat sawah padi dan pokok padi serta buahnya. Namun, bagaimana pula situasinya dengan anak-anak kita, anak-anak murid kita, pernahkah mereka melihat pokok padi dan buahnya ?

Saya rasa bertuah kerana berada di Pekan, lantaran dapat melihat kembali  musim menuai padi yang sedang sibuk sekarang ini, khasnya kawasan  Lamir dan Pahang Tua. Syabas buat para pesawah yang begitu rajin bekerja. Daripada bual-bual kosong bersama mereka, ada yang mendapat hasil sehingga 30 tan padi @ RM1000++ setan. Alhamdulillah. Buat semua pelajar, ingat, “Kejayaan untuk orang yang berusaha”.

SEMINAR MOTIVASI STPM DAERAH PEKAN

Posted by cikguazis in July 10, 2011

Program ini akan dijalankan di Dewan Majlis Daerah Pekan pada 14 Julai 2011. Semua pelajar daripada sekolah pusat timgkatan 6 Daerah Pekan akan turut serta dalam seminar ini. Diharapkan program ini akan dapat meningkatkan lagi semangat dan motivasi para pelajar semua.

CIKGU ABU TALIB – SELAMAT BERSARA

Posted by cikguazis in July 10, 2011

8 Julai 2011 (Jumaat), merupakan hari terakhir cikgu Abu Talib Bin Mohamed berkhidmat sebagai seorang guru setelah lebih dari 36 tahun menyumbangkan jasa beliau dalam  bidang pendidikan yang dicintainya. Selamat bersara kami semua ucapkan. Moga ceria selalu dan sihat walafiat.

EXAM SEMAKIN HAMPIR, PENTINGNYA KELAS TAMBAHAN

Posted by cikguazis in July 4, 2011

STPM, SPM dan PMR semakin hampir. Guru semuanya makin berdebar dengan perkembangan semasa para pelajar, apatah lagi setelah meneliti keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) yang telah selesai. Bagi para pelajar, kesedaran diri adalah amat penting. Jika pelajar masih tidak sedar situasi ini, alangkah malangnya. Sedih jiwa ibu bapa yang melihat akan anak mereka yang sedemikian sikapnya. Saban petang, hujung minggu, pihak sekolah dan para pengajar bergelar guru bertungkus lumus memantapkan lagi ilmu di dada dan di benak anak-anak murid yang tersayang.

Sedarlah, usaha tangga kejayaan. Lihat di mana bumi dipijak, di mana langit dijunjung. Jika ingin menuai hasil yang baik, berladanglah dengan sepenuh usaha. Jangan diharap padi menguning menunduk tuduk ke bumi jika bendang dibiarkan.

LARIAN 1 PELAJAR, 1 SUKAN, 1 MALAYSIA SMK DATO’

Posted by cikguazis in July 2, 2011

Larian ini telah dijalankan pagi ini, 2 Julai 2011 bermula di padang sekolah. Majlis perlepasan peserta larian telah dilakukan oleh tuan pengetua, Tuan Hj Aidun Bin Talib. Larian ini telah dijalankan dalam suasana yang santai dan meriah sekali. Tahiah kepada semua pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat dan guru-guru. Syabas.

VIDEO STPM SMK DATO’ MAHMUD MAT

Posted by cikguazis in July 1, 2011

Azis     <———- KLIK SINI UNTUK TONTON

PELAJAR PRA-U SMKDMM KE UiTM SHAH ALAM ESOK

Posted by cikguazis in June 30, 2011

Seramai 38 orang pelajar Pra-U SMK DMM akan bertolak ke sana esok. Mereka akan diiringi seramai 4 orang guru. Timbalah ilmu sebanyak mungkin kerana pengalaman itu tidak boleh dijual beli.

FAIL MEJA GPK TINGKATAN 6

Posted by cikguazis in June 29, 2011

SUKANTARA 2011

Posted by cikguazis in June 28, 2011

Sukantara SMK Dato’ Mahmud 2011 bermula petang tadi. Ia akan berlangsung selama 3 hari sehingga hari Khamis. Syabas di atas kegigihan semua pelajar dan guru-guru sekalian.

Ilahi lastu – TAIP DI youtube DAN DENGAR

Posted by cikguazis in June 28, 2011

Penenang jiwa. Sila dengar yang diupload oleh ……………. ojdulz

2 JAM JE … BELAJAR NAK DAPAT 4A ?

Posted by cikguazis in June 28, 2011

Jawapannya………………..tidak mungkin.!

JIKA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA.

Tiada kejayaan tanpa pengorbanan.

KEGAGALAN  TANGGA KEJAYAAN.

Life is not a bed of roses.

BERAPA JAM SEHARI SAYA BELAJAR ?

Posted by cikguazis in June 27, 2011

Pernahkah para pelajar sekalian terfikir soalan ini ? Jangan dihitung waktu belajar semasa berada di sekolah. Berapa jam anda telah belajar pada hari ini ? Semalam ? Untuk berjaya…….lebih berjaya……..pastikan BERAPA JAM anda belajar itu berbaloi !

PROGRAM MEMPERKASA GENERASI MUDA DI UiTM SHAH ALAM

Posted by cikguazis in June 27, 2011

Program anjuran Pusat Sumber Pekan tahun ini akan dijalankan dari 1 Julai hingga 3 Julai 2011 di kampus UiTM Shah Alam, Selangor. Seramai 38 orang pelajar Pra-U SMK Dato’ Mahmud Mat telah dipilih untuk menyertainya. Ia juga melibatkan pelajar-pelajar lain seramai hampir 500 pelajar dari Parlimen Pekan.

Tahun lalu, program ini telah diadakan di Universiti Tun Hussein Onn, di Batu Pahat, Johor. Tahun sebelumnya pula ia telah dijalankan di kampus Universiti Putra Malaysia. Syabas kepada para pelajar yang terpilih, jangan lepaskan peluang yang baik ini kerana pelbagai aktiviti yang dijalankan adalah sangat menarik dan meningkatkan motivsi kita, yang paling istimewa ialah dapat berjumpa dengan Perdana Menteri semasa majlis penutup nanti.

“Kejayaan milik orang yang berusaha”

HARI KOPERASI SMKDMM – 27 JUN 2011

Posted by cikguazis in June 27, 2011

Perasmian Hari Koperasi SMK Dato’ Mahmud Mat 2011 telah dirasmikan oleh Puan Faridah Bt Jamaluddin (GPK Pentadbiran) mewakili tuan pengetua. Pada hari ini, kantin sekolah telah menutup urusniaga bagi memberi peluang kepada para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti jual-beli.

Pelbagai gerai jualan telah dibuka oleh para pelajar. Antara barang yang paling popular diniagakan ialah makanan dan minuman. Makanan seperti nasi lemak, kuih-muih, pelbagai jenis kek, nugget, mertabak maggi, chikcken chop, salad, mee hoon goreng, mee goreng dan sebagainya dijual seperti goreng pisang panas kerana diserbu oleh para pelajar dan kakitangan sekolah.

Terdapat juga gerai yang menjual buku dan kitab, pakaian bundle dan beg  ‘stationery casing’ . Tahniah kepada para pelajar yang begitu bersemangat menyedia dan menjual di gerai masing-masing. Kepada pelajar Pra-U yang menjual pelbagai jenis kek dan minuman, syabas.

AFZAM DAPAT JPJ, IMRAN DAPAT MA

Posted by cikguazis in June 24, 2011

Berita tentang dua orang bekas pelajar SMK Dato’ ini baru cikgu perolehi minggu lepas. Jika semua masih ingat lagi, Afzam kini sedang berkursus sebagai pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di Air Molek, Melaka. Syabas Afzam.

Imran (Ustaz) pula akan memulakan kursus ini di Pulau Pinang pada awal Julai 2011 ini. Tahniah.

Ingat,……………………..Kejayaan milik orang yang berusaha.

Ia telah dijalankan pada hari ini, Jumaat (24 Jun 2011) bertempat di kelas para pelajar. Perjumpaan ini membabitkan semua guru kelas, para pelajar dan ibu bapa pelajar  tingkatan 1 hingga Pra-U (Atas) SMK Dato’ Mahmud Mat. Semoga daripada perjumpaan ini diharapkan kedua-dua belah pihak dapat lagi bersama-sama meningkatkan kualiti pembelajaran para pelajar.

SMK Dato’ Mahmud Mat, Pekan telah dipilih sebagai lokasi pilihan oleh pihak CIDB Pahang bagi menjalankan Karnival Mini CIDB Peringkat Negeri Pahang ini.

Ia telah dijalankan pada hari Rabu, 22 Jun 2011 dan Khamis, 23 Jun 2011 bertempat di Dewan Sheikh Ahmad dan perkarangannya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang karnival dua hari ini. Antaranya  pameran, kuiz dan sebagainya. Penyertaan dari pihak luar juga turut memberangsangkan seperti daripada pihak TEKUN dan lain-lain lagi yang telah membuka gerai masing-masing.

Pelbagai pihak luar telah dijemput menghadiri karnival ini. Sepanjang 2 hari kelihatan ramai pelajar, guru-guru dan orang ramai telah hadir ke karnival ini.

TUNGGU MASUK ‘U’ DAPAT KUMPUL RM5,000

Posted by cikguazis in June 20, 2011

Alhamdulillah.

Seronok cikgu mendengar berita ini. Dalam kecekalan bekas para pelajar cikgu (pelajar  STPM 2010), menunggu panggilan temuduga ke UPSI selepas Ujian Medsi……dan panggilan ke universiti. Ramai yang mengambil peluang untuk mencari kerja sementara bagi memenuhi cuti yang panjang ini sebelum melangkah ke destinasi yang seterusnya. Sejak tamat peperiksaan STPM pada hujung tahun 2010, mereka terus mencari kerja.

Insyaallah mungkin sehingga bulan Julai ini, ada lagi masa untuk bekerja. Masih boleh tambah lagi sedikit simpanan. Antaranya, cikgu dapat tahu bekerja di pasaraya di Kuantan, kedai jahit, pusat jagaan kanak-kanak, di bengkel kereta, jadi pengawal keselamatan, di kedai makan, menoreh getah (…huhu…ni geng yang kaya ni….Berapa dah simpan ? ), jadi cikgu sementara, kerja di kilang Isuzu, DRB Hicom…..dll.

Yang paling seronok tu……..apabila cikgu mendapat tahu dari mereka sendiri yang mereka mampu untuk menabung. Yang pasti……ada seorang yang dah dapat simpan RM5,000 sejak bekerja pada bulan Disember yang lalu. Kerja kat kilang kereta. Seorang lagi cikgu berjumpa di sebuah pasaraya, baru pulang dari kerja sedang membeli buah epal hijau untuk emaknya, dah simpan RM2,000 lebih. Syabas……..”Kejayaan untuk orang yang berusaha.”

PRA-U (A) 2011 : FOTO DARI FACEBOOK………….

Posted by cikguazis in June 18, 2011

Buktikan……………………….

SEJARAH TING. 1 : TAHNIAH KUMPULAN SYAKIR

Posted by cikguazis in June 17, 2011

Syabas kepada semua ahli kumpulan SYAKIR . Anugerah 2 BINTANG untuk kumpulan anda kerana kumpulan KEDUA  yang dapat menyiap dan mengemail tugasan powerpoint kepada cikgu. Tahniah.

Klik sini untuk lihat .

Sejarah Kumpulan Syakir

SEJARAH TING. 1 : TAHNIAH KUMPULAN AHMAD MUHAIMIE

Posted by cikguazis in June 16, 2011

Syabas kepada semua ahli kumpulan Ahmad Muhaimie. Anugerah 2 BINTANG untuk kumpulan anda kerana kumpulan pertama yang dapat menyiap dan mengemail tugasan powerpoint kepada cikgu. Tahniah.

Klik sini untuk lihat .

Sejarah Kumpulan Ahmad Muhaimie


SEJARAH 2 : TUGASAN PRA-U (A) , PRA-U (B)

Posted by cikguazis in June 15, 2011

Tugasan perbincangan minggu depan (20 Jun 2011)

PRA-U (B) FATONAH

Senaraikan ciri-ciri Sistem Ekonomi Sara Diri.

PRA-U (A) FATONAH

Bincangkan sistem kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat Asia Timur.

TINGKATAN 1 FATONAH : TUGAS POWERPOINT

Posted by cikguazis in June 14, 2011

Sila hantar hasil tugasan kumpulan anda (Dalam format powerpoint : Kerajaan-Kerajaan Melayu Baru)  sebelum hari Isnin (20 Jun 2011) ke email saya.

azis@easy.com

a) Nemonik 1 : Kamal Pergi Pahang Tua (Kedah-Perak-Pahang-Kerajaan Tua)

b) Nemonik 2 : Kintan Tak Sukan Nasi Basi (Kelantan-Trengganu-Selangor-Negeri Sembilan-Kerajaan Baru)

Pelajar yang akan membentangkannya pada 15 Jun 2011 :-

1. Aini     2.  Ismail     3.Izuddin      4. Syazwani    5.   Asyraf

Sila siapkan dan hantar esei anda sebelum 17 Jun 2011. Hantar kepada Ismail Bin Ibrahim (Pra-U (B) Amanah)

Jalan mudah ke BANDAR HILIR Melaka

Posted by cikguazis in June 12, 2011

Salam semua, saya teringat kepada seorang rakan yang tersesat di bandar Melaka. Di sini, saya terangkan cara mudah untuk ke Bandar Hilir (= Banda Hilir) Melaka dari Lebuhraya Utara Selatan.

Sampai ke plaza tol Ayer Keroh…………..terus ikut jalan tu, Leboh Ayer Keroh………Di kiri anda selepas sahaja plaza tol itu ialah simpang ke Taman Rama-Rama……………Jalan terus……lebih kurang beberapa km……..Hotel Seri Malaysia di sebelah kiri…………….masih di sebelah kiri……………..Taman Mini Malaysia / ASEAN……..depan je sikit……………..sebelah kiri……….Zoo Melaka.

Jalan terus, tidk jauh dari Zoo Melaka……………jangan masuk simpang lain……………(di sebelah kanan)………….anda akan nampak Pasaraya Mydin / MITC Melaka…………………jalan terus lagi……..lagi……………..Jumpa simpang (ada landmark…Hospital Pantai Ayer Keroh)………………………jalan terus lagi……………….(di sebelah kanan)………………..anda akan nampak Jusco Melaka……dan Majlis Bandaraya Melaka (bangunan warna biru…………..ada pancutan air yang cantik….)…….jalan terus lagi………(di sebelah kanan)……….kat trafik light, anda akan nampak air terjun buatan manusia…..cantik, tapi tidak boleh mandi…………hehe……………..jalan terus……jangan masuk sebarang simpang……….ada 1 atau 2 simpang trafik light…jalan terus.

Hingga sampai satu persimpangan (baca singboard tulis, (Batu Berendam – ke kanan), pusat bandar Melaka, Bandar Hilir, Hospital Melaka (ke kiri) ……OK…..kat sini kena berhati-hati sikit…………………jalan terus…ikut jalan ke kiri……………masuk Jalan Mufti Haji Khalil.……………Jalan terus lagi……………….di sebelah kiri anda akan nampak………………Hospital Melaka……….next to…..anda nampak Masjid Negeri Al-Azim………….ada satu simpang jalan yang besar…………….jalan terus ( Jalan Taming Sari )…………….jangan belok…………………..

Jalan terus lagi (Jalan Tun Seri Lanang) ……………..****mula jalan sehala………….terus lagi……jangan belok mana-mana…… ( di sebelah kanan, nampak antaranya…..Hotel Renissance………………..jalan terus lagi di simpang ni…………….masuk Jalan Bendahara……………jalan terus  lagi hingga  satu simpang……jalan terus lagi (masuk Jalan Laksamana…..anda akan nampak dengan jelas…..Public Bank………)……………..jalan terus.

Anda kini nampak bangunan mula dicat berwarna merah………………..jalan terus…………..di depan tu, bangunan merah Stadhuys………..ada pancutan air (susah nak cari parking kat sini) ……beca-beca…….hehe………ada satu round about kecil…………………jalan ikut jam (round about)………..jangan masuk jalan, jam menunjukkan di pukul 10……..masuk jalan di jam pukul 12………….(AWAS….jangan masuk jalan jam pukul 3……sesat !)

Jalan terus………….anda nampak replika kapal Portugis (di kanan)………..jalan terus………..depan tu je, anda nampak Menara Taming Sari (Sekali naik RM5, tapi kena tunjuk IC) ……(Boleh mula cari parking………..kat kiri boleh….kanan jalanpun boleh…..jalan sehala).

Sampai dah Bandar Hilir. Bolehlah berjalan-jalan (mula berjalan kaki). Ada Mahkota Parade, Dataran Pahlawan Mall (masuk tingkat bawah…..jalan kaki terus, akan tembus ke monumen A Farmosa, Istana Budaya dan lain-lain lagi, boleh naik kereta tapi kena ikut jalan lain, sekolah saya dahulu, kat area sini sahaja…Malacca High School).  Selamat berkunjung ke Melaka……………….

Boleh klik link Peta Ke Bandar Hilir di kanan.

SEMAK CLAIM PERJALANAN ….. e-Maklum

Posted by cikguazis in June 12, 2011

Semakan tuntutan claim perjalanan boleh dibuat di alamat di bawah.

http://emaklumweb.anm.gov.my/

KUALA LUMPUR OH KUALA LUMPUR

Posted by cikguazis in June 6, 2011

Tiga hari berada di Kuala Lumpur. Mula-mula, kagum…..hebat KL. Keduanya, mula pening…..sebab banyak sangat jalan raya dan simpang-siurnya. Belok kiri, belok kanan. Sesat. First day, nak ke MRR2….tak jumpa simpangnya,…nak cari Jalan Ampang…..sampai ke Jalan Pudu. Sesat lagi, nak ke Jalan Tuanku Abdul Rahman…….hehe…..sampai ke Batu Caves….hehe…..Tapi turn semula…….Sampai juga. Terima kasih buat staff di plaza tol….DUKE kot, jika tak silap yang guide  dan juga buat saudara yang berada dalam Kembara di tafik light dekat Jalan Semarak yang sudi tunjukkan arah yang betul……Hehe…..Cari parking…bawah SOGO. Semuanya sibuk dan pantas…….orangnya dan lalu lintasnya.

Setelah membeli-belah di Jalan TAR,…..cari jalan menuju ke Wangsa Maju……ikut Jalan Ampang dan MMR2. Singgah di sebuah Masjid di Ulu Kelang. Kemudian, ke Wangsa Maju. Singgah pula di Masjid Usamah bin Zaid, cantik masjid ni. Lokasi di atas bukit. Dewan sembahyang di tingkat 1 dan 2.

Esoknya, ke Alpha Angle,…….kemudian ke cari jalan ke Bandar Seri Permaisuri……….sesat lagi. Masuk ke Jalan Cheras,…..cari Jalan Sekilau…..tak de singboard yang ditemui…….terlepas ke Jalan Chan Sow Lin………belok kiri….sesat lagi. Hehehe………masuk jalan di kawasan kilang dan bengkel……hehe…………..last-last keluar ka Jalan Sg Besi……..belok semula,…..cari jalan Cheras semula….Okey….cantik,………jumpa Bandar Seri Permaisuri………..Blok Cemara. Alhamdulillah.

Malam tu, ke Bandar Tasik Selatan……follow kereta depan, saudara. Okey, tak sesat. Lepas tu, nak balik ke Wangsa Maju…..sesat sikit je…..dah malam……sampai akhirnya. Tiga hari kat KL………………okey dah…..rasa berani dah nak gi KL lain kali………jika sesatpun, insyallah,…………boleh cari jalan kot. …….Hehe…….

Terima kasih juga buat Cikgu Sohaimi, SMK Datuk Bahaman…………yang sudi menelefon semula sebab masa tu saya sedang sesat dalam trafik jam di Jalan Chow Kit……..

“Pengalaman Tidak Boleh DiJual Beli”, …………….Alaminya………….

Utamakan keselamatan…….Memandulah dengan berhemah, ingatlah orang yang tersayang.

Selamat bercuti dan jangan lupa berkunjung ke rumah ibu bapa yang tersayang di kampung.

Esok (1 Jun 2011)…..pulang ke Melaka……..menziarahi ibu bapa.

DATA PELAJAR SMK DATO’ MAHMUD MAT – 31 MEI 2011

Posted by cikguazis in May 31, 2011

Data T6 SMK Dato’ Mahmud Mat 31 Mei 2011  <——KLIK  SINI UNTUK LIHAT

Pakej ditawarkan : PA, MUET, BM, SEJ/SAINS SUKAN, PP/GEOG/SASTERA

Bilangan pelajar : Pra-U (Bawah) Lelaki-24, Perempuan-39. Jumlah-63

Bilangan pelajar : Pra-U (Atas) Lelaki-11, Perempuan-27. Jumlah-38

Jumlah keseluruhan-101 pelajar.

1. Norshuhada telah ditemuduga 2 hari lepas di dalam Bahasa Inggeris oleh panel sebab dia mohon cikgu PP.

2. Shahrul Nizam telah ditemuduga di Kubang Kerian, Kelantan. Nizam kena buat tekan tubi, larian…, main bola keranjang dan beberapa lagi test. Kira okey tu sebab nak mohon cikgu Sains Sukan.

3. Akmal kena temuduga campur BM, BI. Soalan tentang apa kepentingan Sejarah dalam pendidikan. Puas juga nak menjawabnya. Tapi keyakinan tetap ada. Syabas. Sebab mohon sebagai cikgu Sejarah.

4. Najib kena mengajar macam cikgu, mikro teaching. Mengajar tajuk, ekonomi Tanah Melayu….nasib baik dah prepared awal-awal. Syabas, tahniah. Najib boleh. Tapi, Najib ada cerita lucu semasa nak gi ke bilik temuduga. Dia jumpa…….(baru cikgu nak kongsi cerita ni, tapi Najib hantar sms……minta dirahsiakan…..huhu…). Najib nak jadi cikgu Sejarah. Yes,yes….hidup Sejarah.

5. Pelajar lain yang pergi temuduga (tapi cikgu tidak dapat berita tentang mereka ….setakat ni)….Nadzirah, Saudi, Muzammil, Fardurahman dan Mustakim.

Anyway, good luck.

Mesyuarat kali ke-2 dan lawatan tapak telah dijalankan pada hari ini, 25 Mei 2011. Ia telah diadakan di Dewan Seminar, Kompleks Dagangan Mahkota (KDM), Kuantan, Pahang. Diketuai oleh En. Azhar dan Datin Genga dari SMART, Kuantan. Taklimat dan lawatan tapak di KDM telah disampaikan oleh En. Mohd Salin, pegawai KDM.

Seterusnya, lawatan tapak ke kompleks penginapan UIA, Indera Mahkota, diketuai oleh Puan Hjh. Rosliza dari SMK Air Putih, Kuantan. Di sini taklimat telah disampaikan oleh En. Taufik dari  UIA.

Semua GPK Tingkatan 6 Pahang dikehendaki menghantar email kepada Pn. Roslina (SMK Paya Besar) dengan segera berdasarkan sms yang telah dimaklumkan pada minggu lepas, berhubung dengan nama guru pengiring, nama peserta, jantina, no kad pengenalan (urusan persijilan) dan sebagainya. Diharapkan tindakan segera dapat diambil sebelum hari Jumaat, 27 Mei 2011.

.

PETA KE KOMPLEKS DAGANGAN MAHKOTA, KUANTAN

————–>Klik link  di kanan bawah sekali

(selepas tag Selamat Hari Guru),  klik   Peta Ke Kompleks Dagangan Mahkota  (di huruf  E)

TAHNIAH KERANA LULUS MedSI 2011

Posted by cikguazis in May 23, 2011

Selamat menghadiri temuduga, pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat, Pekan, Pahang.

Pelajar STPM 2010   <———-  KLIK SINI UNTUK LIHAT

SMK Temerloh  – Pendaftaran Pra-U 2011        <—-Klik sini untuk lihat.

SMK Seri Rompin 1  – Aktiviti Pra-U

SMK Rompin Sajak – Sajak : Guru (6/6/11)

SMK Muadzam Shah – Pendaftaran Pra-U 2011

SMK TANJONG GEMOK – Pendaftaran Pra-U 2011

SABS Kuantan - Pendaftaran 2011

SMK Mentakab – Perlantikan MPP 2011

SMK Purun – (Maaf, gagal diuploadkan. Sila email semula dalam format Words, TQ)

Jadual Kolokium – Datin Genga – Kolokium 2011

PCG Sekolah 2004  - Peruntukkan setiap mata pelajaran

Baju T6 – Email En. Supian ; Pemilihan warna pakaian  T6

GPKT6 Pahang 2010 – Senarai GPKT6 Negeri Pahang 2010

SMK Paya Besar – Bengkel Bahasa

SMK Paya Besar – Bengkel Bahasa

cikguazis.blog.com MAKLUMAN

Posted by cikguazis in May 19, 2011

cikguazis.blog.com

MAKLUMAN

Semua bahan buletin / blog yang dihantar, mestilah dalam format  Microsoft Words.

Jika sebaliknya, tuan/puan diminta menyatakannya di dalam email yang dihantar. Bagi memudahkan kerja ‘edit’.

Terima kasih.

BAHAN BULETIN / BLOG YANG DITERIMA

Posted by cikguazis in May 19, 2011

Daripada :-

1. Pn Norliza SMK Tanjong Gemok

2. Pn. Zaiton SMK Temerloh

3. Pn. Roslina SM Paya Besar

4. En. Asmawi SMK Purun

5. Pn. Juliza SMK Mentakab

6. En. Bustami SMK Seri Rompin

7. En. Azmat SMK Muadzam Shah

8. Pn. Rahani Abdul Kadir

Terima kasih. (Sehingga 19 Mei 2011)

9. En. Mohd Noor SABS Kuantan (26 Mei 2011)

10. Pn. Norzawati Aziz SMK Rompin (5 Jun 2011)

UPDATE : ALAMAT EMAIL azis@easy.com

Posted by cikguazis in May 19, 2011

Salam semua.

Alamat email lama saya, azis@easy.com kini boleh digunakan.

Sila hantar semua BAHAN BULETIN / BLOG ke alamat  di atas…………….

TERIMA KASIH

KOLOKIUM PENYELIDIKAN PRA-U PAHANG 2011

Posted by cikguazis in May 17, 2011

Tarikh             : 4 hingga 6 Julai 2011

Tempat          : Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan, Pahang

Penyertaan  : Sekolah-sekolah pusat tingkatan 6 Negeri Pahang

TINGKATAN 6 / PRA-U SMK DATO’ MAHMUD MAT

Posted by cikguazis in May 17, 2011

SYABAS ! Anda boleh !

“Belakang parang jika diasahpun akan menjadi tajam, inikan pula akal manusia.”

TAHNIAH KEPADA TN HJ AIDUN DAN PN AZLINA

Posted by cikguazis in May 17, 2011

Tn Hj Aidun Talib Pn Azlina (Baris 2, ke-2)

Semperna sambutan Hari Guru peringkat SMK Dato’ Mahmud Mat 2011, satu upacara penyampaian sijil dan cenderahati telah diadakan kepada guru-guru yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang. Penerima anugerah tahun ini diketuai oleh Tuan Pengetua, Tuan  Haji Aidun Bin Talib. Seterusnya guru-guru lain serta para staf sokongan.

Puan Azlina Binti Abu Bakar yang turut menerima APC merupakan seorang guru akademik Tingkatan 6 di sekolah ini. Tahniah cikgu.

HADIAH HARI GURU DARI KERAJAAN (16 MEI 2011)

Posted by cikguazis in May 16, 2011

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus  guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru berdasarkan kecemerlangan.

Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun.

Semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan. Semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.

Semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan.

KOLOKIUM PENYELIDIKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2011

Posted by cikguazis in May 16, 2011

Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan, Pahang

Tindakan yang telah diambil bagi Jawatankuasa DOKUMENTASI GAMBAR DAN VIDEO (16 Mei 2011)

1. Surat telah didraf, disemak oleh tuan pengetua, akan dihantar ke BTPN, Kuantan dan cc kepada En Sufian Abd Kadir.

Jawatankuasa KESELAMATAN DAN KECEMASAN (16 Mei 2011)

1. Tindakan telah dimajukan kepada En Hassan Mutalib, SMK Ahmad untuk tindakan seterusnya setelah diterangkan skop kerja jawatankuasa ini.

Jawatankuasa DISIPLIN DAN KEBERSIHAN (16 Mei 2011)

1. Perbincangan telh dijalankan bagi mendraf skop kawalan disiplin dan kebersihan tempat kolokium berlangsung.

2. Lawatan tapak telah dibuat pada 13 Mei 2011 (Jumaat), berbincang dengan Puan Suriati, penyelaras di Kompleks Dagangan Mahkota.

UCAPAN SELAMAT HARI GURU DARIPADA PELAJAR

Posted by cikguazis in May 16, 2011

Terima kasih cikgu ucapkan atas ingatan dan semoga semuanya terus cemerlang dalam menempuh kehidupan seharian. Ingat, kejayaan ialah milik oleh yang berusaha. Buat semua, (Yang wish, mengikut urutan…..hehe…daripada SMS )

Abd Razak STPM 2010, AHMAD NOR KHUSHAIRI (MELAKA), Rosehidayu STPM 2010, AZRIE (MA), Atiqah Osmera L6 2011, AKMAL STPM 2010, Puan Mariaton, PN FAUZIAH PIBG, Mursidi (J. Bahru), MOHD FAIZI STPM 2010, Anuar (Melaka), PN SH NILAWATI, Nadzirah STPM 2010, CIKGU SUKAIMI, Cikgu Md Lasa (Melaka), EN NORDIN PPD, Mohd Najib STPM 2010, Cikgu Asri JB, ZAIHAN STPM 2010, Pn Hjh Rosliza Kuantan, CIKGU AZMIRUDDIN KEDAH, Amira STPM 2010, CIKGU OJ, S/U Tingakatn 6 Pahang, EN SUPIAN JPNP, Mohd Fauzi UPSI STPM 2009, ZARUL AZRIEN STPM 2010, Cikgu Uzir Kuantan, NOR SHUHADA STPM 2009, Ridzuan CIDB STPM 2007, SUWAIBAH STPM 2009, Auni Fizlah SPM 2009………..

Terima kasih buat semua.

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU DI MALAYSIA

Posted by cikguazis in May 15, 2011

Indahnya alam perguruan. Syabas dan SELAMAT HARI GURU kepada semua rakan guru di SMK Dato’ Mahmud Mat, guru-guru  di Pekan, Pahang, semua guru Pra-U Pahang dan semua guru di Malaysia.

Jasa kita sentiasa dikenang.

———————————

Alhamdulillah, terima kasih kepada Abdul Razak Bin Yahya (STPM 2010) , sebab pelajar pertama wish kat cikgu……SELAMAT HARI GURU. Thanks a lot Jak……………hehe. Belajar kat Ng. Sembilan tu, mesti rajin-rajin.

Ajak…

Subhanallahil azim Alhamdulillah Allahuakhbar

WELCOME LOWER 6


http://cikguazis.blog.com
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

RUKUN ISLAM (1. Mengucap ‘Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu utusan ALLAH’ 2. Solat 5 waktu 3. Puasa Ramadan 4. Zakat 5. Tunaikan Haji)

var adfly_id = 904599; var adfly_advert = 'int'; var frequency_cap = 5; var frequency_delay = 5; var init_delay = 3;

&lt

Baru belajar ni……slideshow

My Slideshow: Cikguazis.blog.com’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 2 cities Pekan (near Kuantan, Pahang) and Daerah Pekan (near Bukit Gambang) was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

DATO’ SERI NAJIB, WAWANCARA CREDIT SUISSE DI AIC

SURAH AS-SAJDAH

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

GOLLL….Kejayaan Untuk Orang Yang Berusaha

Banner created with MyBannerMaker.com

Fatin Fariha Azis

Muhammad Azis dan Farish Zarif Azis

Alifbata Song

Yassin

Kalendar

April 2014
M T W T F S S
« Feb    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

PETA KE BANDAR HILIR MELAKA

TOPIK DIUTARAKAN

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
'Senyummmmm....kepada semua......'